Elvis adalah seorang penyanyi popular yang dikenali sebagai Raja Rock & Roll. Disebabkan populariti watak ini pelbagai parodi, komedi dan adaptasi watak telah diterjemah ke dalam filem, siri TV dan animasi. Terkini Netflix akan hadir dengan siri animasi Agent Elvis, yang menjadikan Elvis sebagai ejen perisikan rahsia.

Mungkin kedengaran kurang menarik, tetapi apa yang menjadikan tarikan kepada siri animasi ini adalah lakonan suara Elvis adalah oleh Matthew McConaughey.

Berdasarkan treler, animasi ini dilihat padat dengan aksi menarik dan ganas. Ia juga dilihat adalah sebuah siri komedi yang mungkin menghiburkan. Agent Elvis adalah animasi dari Sony Pictures Animation dan dihasilkan oleh Priscilla Presley, John Eddie dan Mike Arnold (penulis Archer).

Sinopsis siri animasi ini adalah, Elvis masih lagi seorang penyanyi Rock & Roll – tetapi turut bekerja sebagai ejen perisikan rahsia kerajaan untuk menentang musuh yang mengancam negara. Agent Elvis akan tiba di Netflix pada bulan Mac ini.

Sohor Kini