Netflix mempunyai beberapa pelan berbeza yang boleh dilanggan iaitu Mudah Alih pada harga RM17 sebulan, Asas RM35 sebulan, Standard RM45 dan Premium pada harga RM55 sebulan. Akses kandungan tanpa iklan kepada semua pelan ini adalah sama, membezakan setiap pelan adalah jumlah peranti yang boleh mengakses Netflix serentak.

Mudah Alih dan Asas hanya satu, dua pada Standard dan empat pada premium. Kemudian beza lain adalah resolusi dan jumlah peranti yang boleh muat turun kandungan untuk tontonan luar talian.

Perubahan terkini adalah kepada pelanggan Premium Netflix. Di mana jika sebelum ini hanya boleh muat turun pada empat peranti, kini pelan ini membenarkan pengguna memuat turun kandungan untuk tontonan luar talian sehingga enam peranti.

Sohor Kini