Murder Mystery adalah filem misteri pembunuhan atau whodunit Netflix lakonan Adam Sandler dan Jennifer Aniston. Ia disiarkan pada tahun 2019 dan menjadi filem paling popular Netflix ketika itu. Filem pertama mempunyai parodi seakan Murder on the Oriental Express.

Sekuel filem ini iaitu Murder Mystery 2 diumumkan pada acara TUDUM 2021. Kini treler pertama filem ini telah diterbit dan Netflix turut kongsi plot filem.

Filem ini diarahkan oleh Jeremy Garelick, menggantikan Kyle Newacheck pengarah filem pertama. Dalam filem ini, Nick dan Audrey (Sandler dan Aniston) sudah menjadi penyiasat selama empat tahun dan dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan beliau Maharaja (Adeel Akhtar) yang kemudiannya diculik. Kes penculikan ini membawa Nick dan Audrey ke Perancis.

Pelakon lain yang terlibat dalam filem ini adalah Mark Strong, Mélanie Laurent, Jodie Turner-Smith, Kuhoo Verma, John Kani dan Dany Boon.

Seperti sebelum ini, dalam treler Murder Mystery 2 banyak adegan komedi dilihat dan aksi yang mengarut. Turut terdapat pembunuhan secara tidak sengaja yang lucu dan paling penting, semua yang hadiri majlis perkahwinan ini adalah suspek. Kemunculan Mark Strong sebagai seorang perisik atau ejen upahan turut kelihatan mungkin memberikan impak yang menarik untuk filem ini.

Murder Mystery 2 akan tiba di Netflix 31 Mac ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini