Annie Wersching Pelakon Asal Tess Dalam The Last of Us Meninggal Dunia

Annie Wersching pelakon yang meminjamkan suara dan sesi Mocap untuk watak Tess dalam permainan video The Last of Us meninggal dunia awal pagi tadi akibat kanser. Wersching (45) turut meminjamkan suara beliau untuk permainan Anthem. Dari segi lakonan beliau muncul dalam siri Star Trek : Picard, The Rookie, The Vampire Diaries dan Runaways.

Beliau dikesan menghidap kanser pada tahun 2020. Kematian beliau tiba seminggu selepas watak Tess dalam siri The Last of Us turut mengalami tragedi. Neil Druckman pengarah permainan dan siri TLOU, Troy Baker dan studio Naughty Dog kesemuanya telah menghantar status mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Wersching pagi ini.

Sohor Kini