Tahun lepas, satu treler filem dikongsi yang nampak menarik dan jelas sekali sebuah filem yang mengarut. Ia penuh dengan aksi ganas manusia diserang haiwan ganas dan turut kelihatan elemen komedi disertakan.

Filem ini adalah Cocaine Bear. Pada awalnya kami sangkakan filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia kerana judul yang mempunyai nama sejenis dadah. Tetapi UIP telah mengesahkan kepada kami, Cocaine Bear akan ditayangkan di Malaysia dengan judul sama pada 23 Februari nanti.

Filem ini adalah inspirasi dari kisah benar tahun 1985, di mana ada kes jenayah melibatkan pengedar dadah melarikan diri dengan kapal terbang dan terhempas. Dadah jenis kokain ini hilang dan didapati telah dimakan oleh seekor beruang hitam.

Dalam Cocaine Bear, ia melibatkan sekumpulan polis yang mencari dadah ini dan menyiasat kes jenayah serta penjahat yang ingin mendapatkan semula dadah merbahaya ini. Filem ini berlaku di sebuah hutan di Georgia, di mana beruang hitam yang high kerana makan kokain dan menyerang manusia termasuk remaja dan pelancong. Dalam treler, filem ini dilihat amat ganas dan mengerikan serta penuh dengan percikan darah.

Cocaine Bear diarahkan oleh Elizabeth Banks (Charlie’s AngelsPitch Perfect 2), skrip ditulis oleh Jimmy Warden (TheBabysitter: Killer Queen), dan diterbit oleh Phil Lord dan Christopher Miller (Spider-Man: Into The Spider-Verse, The Mitchells vs. The Machines).

Keri Russell (The Americans), O’Shea Jackson, Jr. (Straight Outta Compton), Christian Convery-Jennings (Sweet Tooth), Alden Ehrenreich (Solo: A Star Wars Story), Jesse Tyler Ferguson (Modern Family), Brooklynn Prince (The Florida Project), Isiah Whitlock Jr. (BlacKkKlansman), Kristofer Hivju (Game of Thrones), Hannah Hoekstra (2019’s Charlie’s Angels), Aaron Holliday (Sharp Objects), Margo Martindale (The Americans) dan Ray Liotta (The Many Saints of Newark) adalah pelakon dalam filem ini.

Sohor Kini