The Boys Musim 4 Diacah Dengan Video Konspirasi Vought

The Boys akan diteruskan lagi dengan musim keempat. Tetapi buat masa ini masih tiada sebarang tarikh siaran diumumkan dan juga sebarang butiran mengenai plot. Baru-baru ini, Anthony Starr kongsi video di Instagram beliau mengacah bagi musim baharu siri TV adiwira ganas ini.

Video ini memperlihatkan Ashley Barrett (Colby Minifie) kini memegang jawatan CEO Vought dan memberikan statistik pencapaian syarikat aneh ini. Menurut beliau rating bagi Homelander semakin meningkat, terdapat konspirasi Black Noir masih hidup walaupun kita tahu apa yang berlaku pada musim lepas, Queen Maeve dilaporkan sudah mati sedangkan belum lagi dan Starlight adalah pembelot dan sedang melarikan diri.

Menariknya, video ini turut memberitahu Vought dalam proses mencari ahloi baharu bagi pasukan The Seven. Siri ini dikatakan akan disiarkan pada sekitar tahun ini bersama-sama dengan siri sampingan Gen-V yang turut dilaporkan akan merentas siri antara satu sama lain. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini