Tan Sri Michelle Yeoh semalam diumumkan sebagai seorang calon pelakon wanita terbaik untuk anugerah Oscar. Lakonan beliau sebagai Evelyn Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once melayakkan beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang dicalonkan dalam sejarah 95 tahun Oscar.

Pada waktu yang sama beliau juga pelakon bangsa Asia pertama menerima pencalonan dalam kategori pelakon wanita terbaik. Pencalonan beliau memang sudah dijangka selepas beliau memenangi kategori yang sama dalam anugerah Golden Globes beberapa minggu yang lalu untuk filem yang sama.
Persaingan dalam kategori tahun ini sengit kerana Tan Sri Michell Yeoh berhadapan dengan Cate Blanchett (Tár), Ana De Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie), dan Michelle Williams (The Fabelmans).