Filem Eternals pada hemat saya bukanlah sebuah filem MCU yang menarik, selain mempunyai visual yang mengagumkan. Ia mengisahkan sekumpulan makhluk asing hidup abadi yang muncul menjadi adiwira untuk menentang Deviant selepas beribu tahun hidup bersembunyi sebagai manusia.
Di akhir filem ini, watak Starfox muncul lakonan Harry Styles. Kini selepas dua tahun tiada khabar mengenai filem sekuel, penerbit filem MCU Nate Moore mendedahkan yang memilih Harry Styles bukan sekadar memancing peminat untuk menonton filem mereka.
Sebaliknya, mereka ada merancang lebih banyak kisah Starfox yang ingin disampaikan. Ini kerana, watak ini adalah adik kepada Starfox yang sama bapa tetapi berlainan ibu. Watak ini adalah seorang watak yang rumit, tetapi seronok.
Buat masa ini, tiada sebarang khabar sama ada Starfox akan muncul dalam filem MCU yang mana, fasa ke berapa atau pun dalam siri TV. Pembantu Starfox, iaitu Eros lakonan suara Patton Oswalt memberi petanda yang watak ini mungkin akan muncul dalam Guardians of the Galaxy Vol. 3 kerana di dalam komik beliau rapat dengan Adam Warlock. Selain turut pernah terlibat dengan Hela dan juga Yondu.