Crouching Tiger, Hidden Dragon adalah filem aksi klasik China yang diarahkan oleh Ang Lee, mengisahkan seorang pahlawan China lakonan Michelle Yeoh yang mencuri pedang dari seorang pemain pedang dan kemudiannya jatuh cinta.
Sekuel filem ini adalah Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny, sebuah filem Inggeris yang disiarkan di Netflix. Filem-filem ini diadaptasi dari novel Wang Dulu dengan judul sama di bawah siri pentalogi Crane Iron.
Kini, Sony Pictures dilaporkan akan hadir dengan siri TV berasaskan novel sama. Siri ini akan ditulis dan diterbit oleh Jason Ning, yang sebelum ini pernah terlibat dengan siri Lucifer dan The Expanse. Dengan Sony memiliki IP filem ini melalui perjanjian bersama Vertigo dan rasakan ia menarik untuk dihasilkan sebagai sebuah siri TV. Buat masa ini, masih tiada sebarang butiran lagi mengenai pelakon, sinopsis dan tarikh siaran.
Ning turut akan bertanggungjawab untuk siri Silk: Spider Society, iaitu siri aksi nyata memfokuskan watak Spider-Man – Silk. Siri ini akan disiarkan di MGM+ dan Prime Video pada tarikh akan datang.