Filem-filem A24 jarang mengecewakan. Antara yang terbaik pernah saya tonton adalah Hereditary, Midsommar dan kegemaran setakat ini Everything Everywhere All At Once, lakonan Michelle Yeoh yang memenangi anugerah Golden Globes sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Terkini, mereka hadir dengan filem baharu lakonan Joaquin Phoenix – Beau Is Afraid.

Filem ini mengisahkan Beau lakonan Phoenix dalam pengembaraan epik penuh visual aneh, unik dan hibrid animasi serta aksi nyata untuk pulang kembali ke ibu beliau. Beau adalah seorang yang ada masalah hubungan dengan keluarga dan ingin cuba menempuhi segala masalah ini.

Filem ini ditulis dan diarah oleh Ari Aster, iaitu orang sama terlibat dengan Hereditary dan Midsommar. Pelakon lain yang terlibat adalah Amy Ryan, Parker Posey, Richard Kind, Patti LuPone, Stephen McKinley Henderson dan Armen Nahapetian.

Buat masa ini, masih tidak pasti jika filem ini akan ditayangkan di Malaysia ataupun tidak. Kali terakhir filem A24 masuk ke pasaran Malaysia adalah Everything Everywhere All At Once. Tayangan di AS adalah pada 21 April 2023.

Sohor Kini