Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves bukan filem aksi nyata pertama yang diadaptasi daripada permainan main peranan (role playing) Dungeons & Dragons. Ia adalah satu iterasi baharu yang menyertakan pelakon Chris Pine sebagai Edgin the Bard, Michelle Rodriguez sebagai Holga the Barbarian Regé-Jean Page sebagai Xenk the Paladin, Justice Smith sebagai Simon the Sorcerer dan ramai lagi.

Berdasarkan treler yang dikongsi, filem ini dilihat adalah satu aksi pengembaraan komedi. Terkini, Entertainment One (eOne, studio di bawah Hasbro) dan Pramount Pictures studio di sebalik filem ini dilaporkan turut akan hadir dengan siri TV aksi nyata Dungeons & Dragons.

Episod pertama siri TV ini ditulis oleh Rawson Marshall Thurber (Red Notioce, Dodgeball) dan ia akan menjadi siri eksklusif di Paramount+. Tetapi buat masa ini, masih tiada sebarang butiran lagi mengenai siri TV ini, seperti plot, senarai pelakon atau tarikh siaran.

Filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves akan ditayangkan pada bulan Mac ini.

Sohor Kini