Nicolas Cage Kongsi Sinopsis Sekuel Face/Off

Face/Off adalah filem yang dikeluarkan pada tahun 1997 dengan lakonan Nicolas Cage dan John Travolta. Ia mengisahkan Castor Troy seorang pengganas dan Sean Archer seorang FBI yang berdendam. Archer lakonan Travolta kemudian menyamar menjadi Troy dengan teknologi penyamaran melalui pembedahan.

Selepas 25 tahun, tahun lepas mula kedengaran yang sekuel Face/Off akan dihasilkan dan Nicolas Cage turut berminat untuk kembali berlakon sebagai Troy. Melalui Collider, Nicolas Cage telah berkongsi idea dan sinopsis untuk sekuel ini.

Sinopsis filem ini kedengaran mengarut, tetapi mungkin menarik untuk ditonton. Cage menyatakan filem ini akan berada di luar jangkaan semua. Face/Off 2 akan mengisahkan anak Troy dan Archer yang dewasa menyamar menjadi bapa masing-masing, sementara Troy dan Archer turut sekali lagi berubah wajah.

Idea sekuel ini diberikan oleh Adam Wingard selaku pengarah Godzilla vs. Kong yang akan menjadi pengarah filem menggantikan John Woo dan Simon Barrett pula akan menjadi penulis. Tiada butiran lain yang dikongsi, seperti siapakah pelakon anak dua watak ini dan bilakah filem akan ditayangkan.

Sohor Kini