Special Force: Anarchy diumumkan pada bulan Jun tahun lalu, sebagai siri TV tempatan asli untuk Disney+ Hotstar. Siri ini adalah satu siri TV jenayah rompakan, lakonan M. Nasir dan Puteri Aishah.

Hari ini, Disney+ Hotstar telah mengumumkan tarikh siaran serta kongsi treler baginya. Anda boleh tonton di bawah;

Berdasarkan treler yang dikongsi, ia dilihat seakan Money Heist. Ada ketua perompak yang mendakwa beliau bukan perompak dan bukan pengganas tetapi ingin mencipta revolusi dan memulangkan hak. Ada mangsa tebusan di dalam bank, ada polis yang perlu menyelesaikan masalah ini serta ada twist yang cuba menarik perhatian penonton.

Special Force: Anarchy mengisahkan Iman (lakonan Puteri Aishah) seorang polis muda di negara fiksyen Tenggara. Iman kemudian terpaksa menghentikan Azazel kumpulan perompak yang diketuai oleh Umar (lakonan M. Nasir). Untuk menyelesaikan kes ini, sebuah pasukan anti-rasuah elit khas ditubuhkan oleh Komander Qabil (lakonan Hasnul Rahmat) yang juga bapa kepada Iman. Iman kemudiannya menjadi buntu kerana dilihat rompakan ini melibatkan ahli politik dan besar kemungkinan bapa beliau?

Siri ini akan disiarkan pada 14 Januari nanti, eksklusif di Disney+ Hotstar. Ia mempunyai tujuh episod dan merupakan satu produksi Skop Production arahan Syafiq Yusof.

Sohor Kini