Air Force The Movie Selagi Bernyawa adalah filem aksi tempatan baharu yang ditayangkan pada Ogos tahun lepas. Filem ini adalah satu lagi filem fiksyen tentera Malaysia dan dikatakan turut akan ditayangkan di luar negara.

Bagi yang terlepas tonton di pawagam tahun lalu, filem ini akan tiba di Netflix pada 25 Januari 2023 nanti.

Filem ini mengisarkan mengenai pasukan PASKAU ataupun Pasukan Khas Udara terkandas di Namburi selepas kapal terbang mereka ditembak. Manakala Pasukan Tentera Udara di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan mereka.

Filem ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See. Senarai pelakon pula antaranya adalah Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Sara Ali, Johan Asari dan Azira Shafinaz.

Leave a Reply