Foundation adalah siri sains fiksyen epik Apple TV+ yang diadaptasi daripada novel karya Isaac Asimov. Ia mengisahkan seorang sejarawan iaitu Hari Seldon yang meramal kejatuhan Galactic Empire dan juga kemusnahan kemanusiaan.

Untuk memastikan manusia boleh kekal hidup di masa hadapan, Foundation ditubuhkan sebagai kumpulan pemberontak kepada Empire kerana ramai di kalangan Empire tidak mempercayai ramalan Hari. Siri ini berlaku sepanjang ratusan tahun. Hari ini Apple kongsi treler bagi musim kedua yang akan tiba pada musim panas nanti;

Musim kedua dikatakan akan memfokuskan kepada pengorbanan Foundation, demi menjayakan impian mereka menyelamatkan kemanusiaan. Walaupun Empire telah jatuh, Foundation perlu membina masyarakat baharu dan terpaksa berhadapan dengan Crisis of Religion – di mana ketua mereka menggunakan ayat-ayat ramalan bagi menghasut orang yang lemah selepas kejatuhan Empire.

Apple turut menyertakan beberapa pelakon baharu untuk musim kedua iaitu Isabella Laughland sebagai Brother Constant, Kulvinder Ghir sebagai ‘Poly Verisof dua paderi Church of the Galactic Spirit seorang yang kuat agama dan seorang kaki minum. Selain itu Sandra Yi SencindiverElla-Rae SmithDimitri LeonidasBen DanielsHolt McCallanyMikael PersbrandtRachel House, dan juga Nimrat Kaur.

Foundation musim kedua akan disiarkan di Apple TV+ pada musim panas tahun ini, iaitu sekitar Jun ke September ini.

Sohor Kini