Filem Gran Turismo Akan Ditayangkan Pada Ogos Tahun Ini

Sony Pictures Entertainment telah hadir dengan filem aksi nyata Gran Turismo, di mana ia mengisahkan Jann Mardenborough yang menjadi pelumba kereta profesional dari England selepas memenangi kejohanan GT Academy dengan mengalahkan 90 ribu pelumba lain.

Hari ini, Sony telah kongsi treler filem ini;

Gran Turismo akan ditayangkan pada Ogos 2023 nanti dengan tarikh sebenar akan diumumkan kemudian. Filem ini seperti yang dinyatakan tadi, akan mengisahkan bagaimana Jann Mardenborough menjadi pelumba kereta profesional dengan memenangi pertandingan permainan video GT Academy.

Berdasarkan video yang dikongsi, filem ini akan melibatkan banyak aksi perlumbaan kereta, drama dan kisah cinta. Filem ini juga dikatakan dihasilkan untuk ditonton di pawagam agar penonton dapat merasai setiap gegaran kereta berlumba.

Filem ini adalah kerjasama dengan Sony PlayStation dan diarahkan oleh Neill Blomkamp (District 9) dengan pelakon David Harbour sebagai Jack Slater, Orlando Bloom sebagai Danny Moore serta Archie Madekwe akan berlakon sebagai Jann Mardenborough.

Sohor Kini