James Bond versi Daniel Craig sudah tamat dengan filem No Time To Die. Penerbit filem ini iaitu Barbara Broccoli pernah berkongsi, masa hadapan francais filem ini akan memfokuskan kepada Bond muda. Masih tiada skrip, tiada tarikh tayangan dan tiada pilihan pelakon lagi.

Laporan dari Puck baru-baru ini mendedahkan yang, Aaron Taylor-Johnson telah pun bertemu dengan Broccoli untuk perbincangan mengenai beliau menjadi pelakon James Bond versi muda. Sumber menyatakan, pertemuan antara mereka berdua berjalan dengan lancar.

Aaron Taylor-Johnson adalah antara calon sesuai kerana beliau seorang pelakon British, cukup berbakat dan turut hebat dalam filem-filem aksi seperti Bullet Train dan Avengers. Nama beliau mungkin tidak cukup popular lagi untuk tersenarai dalam pelakon A-List, tetapi jika beliau adalah James Bond mungkin akan berubah.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Sohor Kini