Evil Dead adalah francais filem seram ngeri yang menarik lakonan Bruce Campbell sebagai Ash Williams. Ia turut telah dikembangkan kepada siri TV, cuma versi Ash Williams adalah komedi dan terdapat versi seram yang lebih ngeri dan serius dengan judul sama. Filem ini, kini mempunyai iterasi kedua iaitu Evil Dead Rise.

Hari ini, treler filem ini telah dikongsi;

Filem ini diarahkan oleh Lee Cronin yang pernah terlibat dengan beberapa filem seram indie lain. Sam Raimi selaku pengarah asal dan Bruce Campbell menjadi penerbit eksekutif bagi filem ini. Evil Dead Rise dilihat bukannya sekuel, tetapi adalah kisah baharu di mana dua beradik Beth dan Ellie bertemu dengan buku Necronomicon.

Filem ini turut tidak akan berlaku di luar bandar seperti filem asal, sebaliknya memfokuskan kepada sebuah keluarga di sebuah pangsapuri dalam bandar. Kali ini yang dirasuk adalah Ellie dan mangsa adalah tiga anak beliau dan adik beliau Beth. Berdasarkan treler, filem ini dilihat sangat ganas, ngeri dan menyeramkan.

Apa yang menarik adalah, banyak elemen ikonik dikekalkan seperti banjir darah, gergaji terkenal dalam francais Evil Dead, serta buku Necronomicon yang hidup dengan ada gigi. Setiap aksi ini mungkin boleh membuatkan anda hilang selera makan. Evil Dead Rise dijadualkan untuk ditayangkan pada 21 April ini dan besar kemungkinan ia tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Sohor Kini