Jeremy Renner pelakon yang terkenal dengan watak Hawkeye dilaporkan cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan mesin penyodok salji. Maklumat mengenai bagaimana kemalangan berlaku dan lokasi belum dikongsi pada waktu ini. Renner (51) walau bagaimanapun dikatakan dalam keadaan stabil selepas diterbangkan ke hospital menggunakan sebuah helikopter.

Dalam beberapa muatan ke akaun media sosial beliau sebelum ini, Renner mempunyai sebuah mesin penyodok salji di rumah beliau. Kawasan tempat tinggal beliau berhampiran Tasik Tahoe dilanda ribut salji yang teruk sehingga menyebabkan jalan raya dan rumah di kawasan persekitaran tertimbus.

Selepas usai siri Hawkeye tahun ini, beliau dijangka muncul di dalam filem Avengers: The Kang Dynasty yang masih di dalam peringkat pra-produksi. Sejauh manakah keseriusan kecederaan beliau masih belum diketahui.

Sumber – Deadline

Sohor Kini