Mechamato Movie nampaknya sekali lagi akan mencipta sejarah baharu untuk filem animasi tempatan. Berdasarkan pemantauan kami di media sosial, ramai yang suakan filem ini dan masing-masing memberikan reaksi yang positif.

Siri animasi Mechamato yang kini berada di Netflix turut menjadi siri animasi popular dengan kekal di dalam senarai Top 10 untuk 12 minggu berturut-turut.

CEO Monsta, Nizam Razak baru-baru ini kongsi jumlah kutipan terkini filem ini. Selepas 22 hari Mechamato Movie ditayangkan, filem ini telah berjaya mengutip sebanyak RM30,750,000. Ini adalah satu kutipan yang membanggakan, kerana filem ini hanya ditayangkan di Malaysia dan belum menembusi pasaran luar lagi.

Tahniah kami ucapkan kepada Monsta.

Sohor Kini