Sempena penghujung tahun, pelbagai permainan PC yang ditawarkan dalam bentuk promosi ataupun muat-turun percuma oleh pelbagai pihak, termasuk melalui platform Epic Games.

Terbaru, untuk hari ini, permainan Eximius : Seize The Frontline kini ditawarkan secara percuma, yang mana ia dibangunkan dan diterbitkan syarikat tempatan, Ammobox Studios.

Eximius merupakan sebuah permainan tembak-menembak (FPS) yang turut menyertakan elemen permainan strategi masa-nyata (RTS). Ia membolehkan pemain bermain sebagai Commander – yang akan membangunkan pasukan untuk membantu pasukan dalam memenangi peperangan, ataupun sebagai Officer – yang bermain dalam bentuk FPS dan membunuh musuh. Ia dimainkan dalam mod 5v5.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan terbitan tempatan ini secara percuma di Epic Games Store hari ini.

Sohor Kini