Seperti yang dilaporkan semalam, Warnakala bakal hadir dengan filem Didi & Friends The Movie selepas bertahun menantikannya sejak mereka acah pada tahun 2020. Hari ini, Hairul Sofian selaku eksekutif Warnakala telah berkongsi video acah pertama bagi filem ini.

Dalam video 30 saat ini, ia memperlihatkan Didi di dalam rumah beliau sedang berjalan menuju ke luar rumah. Topi besbol merah ikonik beliau turut dapat kelihatan bersama dengan baju biru beliau. Tidak banyak yang didedahkan dalam video ini, tetapi apa yang jelas kelihatan adalah – kualiti produksi yang sangat tinggi.

Didi iaitu seekor ayam serama jantan ini, jelas kelihatan tekstur bulunya. Persekitaran rumah beliau, elemen-elemen lain dalam video ini juga nampak cukup cantik dan sekali lagi kebanggaan untuk animasi tempatan. Filem ini akan ditayangkan pada 23 Februari 2023 nanti, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Sohor Kini