Echo Mungkin Ditunda Ke Tahun 2024

Echo adalah siri TV sampingan memfokuskan kepada watak Echo/Maya Lopez lakonan Alaqua Cox yang muncul kali pertama dalam Hawkeye. Beliau adalah watak antagonis bisu yang dibesarkan oleh Kingpin lakonan Vincent D’Onofrio.

Siri ini turut akan melibatkan Daredevil lakonan Charlie Cox dan dikatakan akan terus bersambung ke siri Daredevil: Born Again. Terkini Marion Dayre selaku penulis siri TV Echo yang turut pernah menulis siri Better Call Saul mendedahkan yang siri ini mungkin akan ditunda ke tahun 2024.

Sebelum ini, Echo dilaporkan akan disiarkan di Disney+ pada suku ketiga tahun 2023. Siri ini ditunda kerana Disney dan Marvel ingin peminat saksikan Echo pada tahun sama dengan siaran Daredevil: Born Again. Jika benar ditunda, Echo mungkin akan disiarkan pada Januari 2024 dan tamat pada hujung Februari.

Sohor Kini