Minggu ini adalah minggu terakhir tahun 2022, tahun yang agak menarik kerana kami telah mengadakan banyak giveaway dari pemberian barangan eksklusif sehinggalah tiket wayang percuma.

Untuk menamatkan tahun 2022 dan menyambut tahun 2023, kami ingin berikan tiket wayang percuma yang sekali lagi disediakan oleh United International Pictures. Filem ini adalah M3GAN, iaitu filem seram baharu oleh James Wan mengenai robot pengasuh yang melindungi seorang kanak-kanak secara berlebih-lebihan sehingga membunuh orang di sekeliling.

  • Tarikh Tayangan Awal: 4 Januari, 2023
  • Masa Tayangan: 9.15 PM
  • Lokasi Pawagam: GSC, The Starling Mall
  • Tarikh Akhir Penyertaan: 3 Januari 2023

Cara untuk berpeluang dapatkan tiket ini adalah mudah sahaja, anda hanya perlu ikuti akaun Twitter Aksiz, dan RT ciapan mengenai giveaway ini, yang kami sertakan di atas.

Kami akan pilih pemenang secara rawak dan tiket akan diberikan pada hari tayangan di kawasan GSC, The Starling Mall. Kami akan berada di lokasi pawagam sekitar 8.15PM ke 9PM untuk pemberian tiket.

Sohor Kini