Skip to main content

Siri TV National Treasure: Edge of History telah pun disiarkan di Disney+ beberapa hari lepas. Siri ini merupakan satu sambungan kepada dua filem National Treasure yang ditayangkan pada tahun 2004 dan 2007. Walaupun ia berlaku dalam dunia yang sama, Nicolas Cage tidak terlibat dengan siri TV ini sebagai Benjamin Franklin Gates.

Terkini, penerbit National Treasure iaitu Jerry Bruckheimer menyatakan filem National Treasure 3 masih dalam pembangunan dan akan diteruskan. Filem inilah yang akan mengembalikan watak Benjamin Franklin Gates lakonan Cage. Cuma buat masa ini, masih tiada sebarang informasi mengenai sinopsis filem, senarai pelakon dan bilakan ia akan disiarkan. Tetapi Bruckheimer memberitahu E! News yang filem ini adalah untuk tayangan di pawagam.

Nicolas Cage sebelum ini pernah menyatakan minat untuk kembali. Jadi kita perlu tunggu maklumat lanjut nanti. Dalam siri TV Edge of History, Harvey Keitel dan Justin Bartha turut kembali memainkajn watak masing-masing seperti dalam filem National Treasure iaitu Peter Sadusky dan Riley Poole.

Leave a Reply