Filem Avatar: Way Of The Water arahan James Cameron merupakan salah satu daripada filem-filem yang paling canggih pernah dirakam, dimana ia ditayangkan dalam sejumlah besar format, termasuklah High Frame Rate 48FPS dalam 2D dan juga 3D.

Tayangan filem ini dilaporkan telah menyebabkan sejumlah besar projektor di pawagam wayang di Jepun untuk tidak boleh menayangkan filem ini, kerana menggunakan model projektor yang usang.

Malah, Bloomberg telah melaporkan terdapat satu pawagam di Nagoya yang terpaksa menurunkan kadar bingkai tayangan filem tersebut ke 24 FPS kerana isu tersekat-sekat.

Tayangan filem ini dalam kadar segar semula tinggi dilihat cukup berguna dari segi mengurangkan kelesuan mata apabila menonton filem ini dalam 3D. Sekiranya ditonton dalam 2D, kadar bingkai 24FPS lebih dari memadai untuk mendapatkan pengalaman sinematik tradisional.

Sumber: Bloomberg

Sohor Kini