Aku suka filem yang melibatkan robot, kecerdasan buatan atau AI, ataupun yang bertemakan futuristik. Ini kerana aku ingin lihat apakah imaginasi penulis dan pengarah cuba sampaikan kepada semua. Terkini di Netflix adalah sebuah filem futuristik Korea Selatan Jung_E.
Filem ini berlaku pada abad ke-22, di mana bumi sudah sukar untuk didiami manusia dan semuanya hidup di dalam tempat perlindungan. Satu hari peperangan berlaku dan seorang wirawati mati, iaitu Jung Yi (lakonan Kim Hyun-joo).
Sebuah syarikat teknologi iaitu Kronoid Lab sedang melakukan eksperimen dengan mengklonkan otak manusia untuk dimasukkan ke dalam robot AI. Jung Yi adalah subjek terpilih untuk dijadikan sebagai robot Jung_E. Projek ini dikendalikan oleh Seohyun dan Sang-Hoon lakonan Kang Soo-yeon serta Ryu Kyung-soo.

Berdasarkan treler, projek ini besar kemungkinan tidak berjalan dengan lancar dan Jung_E mungkin telah bertindak dengan sendiri. Tetapi projek klon manusia ke dalam robot ini dikatakan adalah jalan untuk menamatkan peperangan.
Filem ini diarahkan oleh Yeon Sang-ho, pengarah Train To Busan dan juga siri TV Hellbound di Netflix. Filem ini akan disiarkan di Netflix pada 20 Januari 2023 akan datang.