Ramai sangkakan selepas Donald Glover berlakon sebagai Aaron Davis dalam Spider-Man No Way Home, beliau ada potensi untuk menjadi Prowler iaitu pakcik kepada Miles Morales dalam Spider-Man Into The Spider-Verse. Tetapi nampaknya Sony ada perancangan lain untuk watak ini.

The Hollywood Reporter baru-baru ini melaporkan yang Glover akan terlibat dengan filem dalam Sony’s Spider-Man Universe sebagai penjahat Hypno-Hustler.

Donald Glover yang terkenal dengan filem Solo, The Lion King, siri Community ini akan bekerjasama dengan Myles Murphy iaitu anak Eddie Murphy. Hypno-Hustler adalah penjahat yang mengetuai sebuah kumpulan muzik dan menggunakan hipnosis melalui instrumen untuk merompak.

Dalam komik, watak ini dicipta oleh Bill Mantlo dan dilukis oleh Frank Springer. Nama beliau adalah Antoine Delsoin dan bukannya seorang penjahat yang hebat. Menurut sumber, Donald dipilih kerana kemampuan menyanyi dan besar kemungkinan filem ini akan diberi kebebasan untuk ia tidak berkait secara terus dengan mana-mana filem Spider-Man.

Tiada sebarang butiran bila filem ini akan ditayangkan dan siapakah pelakon lain yang akan terlibat.

Sohor Kini