American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer karya Kai Bird dan mendiang Martin J. adalah sebuah buku mengenai bapa bom atom. Ia telah diadaptasi menjadi filem oleh Christopher Nolan dengan judul Oppenheimer sebagai sebuah filem epik beliau.

Kini, treler penuh dipertontonkan.

Filem ini mengisarkan kehidupan J. Robert Oppenheimer lakonan Cillian Murphy iaitu seorang ahli teori fizik yang terlibat dengan Manhattan Project – projek yang menyebabkan bom atom dicipta. Dalam treler, ia memperlihatkan perjalanan Oppenheimer membina bom atom ini.

Bagaimana seorang individu dengan personaliti bermasalah diketepikan kerana kebijaksanaan dan menerokai jiwa watak ini apabila dipaksa mencipta sesuatu yang akan menggerunkan orang ramai. Filem ini dilihat bukan filem aksi, tetapi sebuah drama serius yang menerokai perkembangan diri Oppenheimer.

Robert Downey Jr., Matt Damon, Rami Malek, Benny Safdie, Florence Pugh, Josh Hartnett, Dane DeHaan, Jack Quaid, Matthew Modine, Alden Ehrenreich, David Krumholtz, Michael Angarano dan juga Kenneth Branagh turut terlibat dengan filem ini – di mana mereka adalah antara pelakon hebat di Hollywood.

Apa yang menjadikan filem ini lebih unik, Christopher Nolan tidak menggunakan sebarang CGI untuk mencipta semula letupan bom atom pertama. Pelbagai cabaran dan dugaan, sehingga dikatakan filem ini adalah antara filem paling sukar dihasilkan oleh Nolan. Filem ini akan ditayangkan pada 21 Julai 2023.

Sohor Kini