Tahukah anda dinosaur dalam Jurassic World mengganas kerana haiwan tersebut tidak biasa dan tidak mengenali kawasan yang mereka tinggal. Jadi manusia yakin dinosaur boleh hidup tanpa masalah kerana teknologi dan haiwan ini adalah kelahiran makmal.

Tetapi bagaimana pula jika kita yang tercampak ke zaman dinosaur di mana mereka semua bahagia dan sihat? Filem ini adalah 65, anda boleh tonton treler;

Filem ini dilihat berlaku di masa hadapan, di mana Mills (Adam Drive) dipadankan dengan Koa (Ariana Greenblatt) untuk terbangkan sebuah pesawat. Tetapi disebabkan berlanggaran dengan asteroid, pesawat mereka tumpas di sebuah planet yang ada dinosaur.

Cuma persoalannya, adakah filem ini akan mempunyai penceritaan seakan Jurassic World yang makin lama makin klise, atau akan menawarkan sesuatu yang lain?

Scott Beck dan Bryan Woods adalah pengarah filem ini, penulis skrip oleh orang di sebalik A Quite Place dan 65 diterbitkan oleh Sam Raimi. Filem ini akan ditayangkan pada 10 Januari 2023 nanti.

Sohor Kini