Kami menghabiskan Jedi Fallen Order ketika pandemik kerana tidak mampu membeli permainan baharu. Pada awalnya ia adalah permainan yang menimbulkan kemarahan kerana cukup mencabar tetapi penampilan watak penting Star Wars di akhir Fallen Order membuatkan pengalaman hampir memecahkan Dual Shock 4 berbaloi. Treler terkini permainan sambungan Star Wars Jedi Survivor telah dipertontonkan pagi ini dan akan meneruskan pengembaraan Cal Kestis.

Jedi Survivor berlangsung lima tahun selepas penghujung Fallen Order dengan Kestis masih diburu oleh Empire. Terdapat beberapa corak permainan baharu diperlihatkan dalam treler di atas. Malahan watak Kestis juga kini nampak lebih tua dan matang.

Watak Kestis boleh menaiki haiwan dan bertarung melawan gerombolan bounty hunters baharu yang memakai baju zirah kaum Mandalorian. Star Wars Jedi Survivor akan dilancarkan pada 17 Mac 2023.

Sohor Kini