Kevin Conroy pelakon yang meminjamkan suara beliau kepada watak Batman meninggal dunia bulan lalu akibat kanser. Sepanjang tiga dekad Conroy ialah Batman untuk dua generasi peminat watak komik, filem, animasi dan permainan video. Walaupun beliau sudah pergi, Suicide Squad: Kill the Justice League akan menjadi permainan terakhir suara beliau dipinjamkan untuk watak Batman.

Di The Games Award, sebuah treler baharu Suicide Squad: Kill the Justice League diperlihatkan dengan video penghormatan kepada beliau turut dipertontonkan kepada semua. Permainan Suicide Squad adalah di dalam dunia yang sama dengan permainan Arkham. Maka menggunakan suara beliau ialah langkah bijak untuk meneruskan watak yang ikonik ini. Permainan Suicide Squad: Kill the Justice League akan dilancarkan pada Mei 2023 selepas ditangguh daripada tarikh asal tahun ini.

Sohor Kini