Netflix hari ini berkongsi poster untuk watak-watak dalam filem Glass Onion: A Knives Out Mystery. Poster ini dilihat memfokuskan kepada watak penting dalam filem sahaja dan setiap poster ini apabila disusun mengeja Glass Onion.

Pelakon penting dalam filem ini adalah Daniel Craig, Kate Hudson, Leslie Odom Jr., Janelle Monáe, Dave bautista, Edward Norton, Jessica Henwick, Kathryn Hahn, Madelyn Cline dan potret Mona Lisa.

Filem ini adalah sekuel kepada Knives Out, tetapi memandangkan ia adalah filem misteri pembunuhan atau whodunnit, penceritaan Glass Onion adalah 100% tersendiri dengan sedikit petunjuk mengenai filem sebelum.

Glass Onion: A Knives Out Mystery adalah filem yang akan memfokuskan kepada perkembangan watak, dengki, cemburu dan persahabatan. Detektif Benoit Blanc akan merantau ke sebuah pulau di mana misteri pembunuhan ini bermula dengan permainan tetapi berakhir dengan kematian sebenar.

Filem ini sudah pun ditayangkan di Amerika Syarikat dan akan disiarkan di Netflix pada 23 Disember nanti.

Sohor Kini