Terkini, Channing Dungey iaitu salah seorang eksekutif Warner Bros. Television Studios memberitahu yang Warner Bros. sedang dalam perbincangan bersama Amazon untuk kandungan animasi DC di Prime Video.

Dungey menyatakan WB sedang menerokai peluang untuk mengembangkan pelbagai IP animasi ke pelbagai platform dengan fokus utama kepada HBO Max tetapi ingin mengubah strategi penawaran kandungan animasi asli ke platform penstriman lain.

Tetapi buat masa ini masih tiada sebarang informasi mengenai kandungan apa, seperti filem animasi atau siri dan bila ia akan bermula. Turut tidak pasti jika kandungan animasi ini melibatkan DC Studios agar berkait dengan siri TV dan filem DC Universe.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini