Warner Bros. Mendedahkan Logo Baharu Filem The Flash

Filem The Flash masih akan diteruskan walaupun pelakon utama Ezra Miller bermasalah. Filem ini dikhabarkan akan menjadi permulaan baharu DC Universe, di mana disebabkan Flashpoint – dunia DC diolah semula.

Dalam filem ini, The Flash kembali ke masa silam untuk menyelamatkan ibu beliau daripada dibunuh dan pengembaraan masa ini menyebabkan garis masa dunia DC berubah. Twitter rasmi The Flash kini mendedahkan logo baharu bagi filem yang mungkin ingin mengingatkan kepada orang ramai, filem ini masih belum dibatalkan.

Menurut laporan Comicbook, penyunting filem ini iaitu Paul Machliss mendedahkan yang The Flash menggunakan teknologi baharu bagi menyertakan beberapa variasi pelakon sama dalam satu skrin tanpa penggunaan gerak-tangkap (motion capture). Butiran lanjut mengenai filem ini akan didedahkan pada tahun hadapan.

Ben Affleck dan Michael Keaton akan berlakon sebagai Bruce Wayne/Batman, Sasha Calle sebagai Supergirl, Kiersey Clemons pula sebagai Iris West, Ron Livingston adalah bapa kepada Barry iaitu Henry Allen, Maribel Verdu menjadi Nora Allen, Ian Loh adalah Barry Allen muda, serta Saoirse-Monica Jackson dan Rudy Mancuso sebagai watak rahsia.

Sohor Kini