Disney+ Hotstar tidak asing dengan pelbagai kandungan Asia menarik seperti J-Drama dan K-Drama. Di Disney Content Showcase hari ini, beberapa siri menarik didedahkan dan dengan treler yang dipertontonkan – saya yang sudah lama tidak tonton drama Asia mungkin akan kembali menonton.
Berikut adalah apa yang menarik;
Gannibal
Gannibal adalah siri TV aksi ngeri yang diadaptasi daripada manga dengan judul sama. Ia berlaku di Kuge sebuah perkampungan fiksyen Jepun memfokuskan kepada Daigo Agawa, seorang polis yang bermasalah. Di Kuge, beliau sedang menyiasat misteri kehilangan orang, di mana menyedari Kuge adalah perkampungan misteri yang merbahaya. Siri ini adalah siri seram ngeri dan psiko, tetapi pada masa sama boleh ditonton bersama keluarga menurut Disney.
Ia akan disiarkan pada 28 Disember nanti di Disney+ Hotstar.

Big Bet
Big Bet adalah K-drama mengenai seorang usahawan yang ingin memonopoli perniagaan kasino, tetapi selepas berjaya beliau menimpa nasib malang yang menghuru-harakan hidup. Ia adalah siri serius dab drama yang padat dengan pengajaran hidup lakonan Lee Donghwi, Heo Sungtae dan kembalinya Choi Minsik selepas 25 tahun tidak berlakon dalam siri TV.
Big Bet akan disiarkan bermula 21 Disember ini.
Moving

Tiada tarikh siaran lagi buat masa ini. Dijangka tiba dalam masa terdekat.
Connect
Connect akan disiarkan pada 7 Disember nanti, sebuah K-drama aksi ngeri baharu lakonan Jung Haein sebagai Ha Dongsoo. Ia adalah kisah mengenai spesis manusia baharu yang tidak boleh mati yang digelar sebagai connect. Ha Dongsoo suatu hari diculik kerana penjahat yang inginkan organ beliau, lebih-lebih lagi mata kerana boleh melihat sesuatu. K-Drama ini turut menyertakan pelakon seperti Ko Kyungpyo dan Kim Hyejun.
RACE

K-Drama ini adalah mengenai diversiti antara pekerja wanita dan lelaki. Ia memfokuskan kepada seorang pekerja wanita Park Yoon Jo yang tiada latar belakang pembelajaran tinggi dengan Ryu Jae Min yang lebih hebat. Kehebatan Yoon Jo menjadi terserlah apabila dipilih untuk bekerja dengan agensi PR terkenal dan semua mula cemburu dan dengki.
Tiada tarikh lagi buat masa ini.
Worst of Evil

The Worst of Evil adalah K-drama jenayah yang berlaku pada tahun 1990-an. Ia menceritakan kisah pasukan penyiasatan khas yang menyamar sebagai penjahat untuk menyertai organisasi jenayah penyeludupan besar. Ia akan memfokuskan kepada watak Park Joonmo lakonan Ji Changwook serta Wi Hajun dan Lim Semi.
Siri ini masih dalam pembangunan lagi buat masa ini.


