BCU atau Bumilangit Cinematic Universe adalah dunia adiwira pertama di Indonesia. Filem pertama di dalam dunia ini adalah Gundala yang ditayangkan pada tahun 2019, kemudian dengan Sri Asih yang baru ditayangkan di Indonesia. Terbaru khusus di Disney+ Hotstar adalah Tira.
Tira mengisahkan watak Suci lakonan Chelsea Islan iaitu seorang pelagak ngeri wanita yang dikenakan sumpah. Untuk membebaskan diri, beliau perlu menewaskan sembilan orang penjahat yang dirasuki naga purba. Tetapi tanpa beliau sangka, penjahat paling berkuasa dan kejam berada berdekatan dengan beliau.
Seperti Gundala, Joko Anwar adalah penerbit filem. Apa yang menjadikan filem ini menarik adalah, ia diarahkan oleh pengarah Malaysia – Zahir Omar yang sebelum ini mengarah filem Sebelum Pagi Berakhir atau Fly By Night di Netflix.

Siri ini akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada tahun 2023 nanti.


