Amazon bukan sahaja syarikat e-dagang. Tetapi mereka juga terkenal dengan pelbagai perkhidmatan langganan digital seperti Kindle Unlimited untuk buku digital, Prime Video untik pentsriman video, Twitch untuk penstriman sesi bermain permainan video dan banyak lagi.

Untuk Prime Video, mereka juga ada studio sendiri untuk menghasilkan kandungan asli iaitu Amazon Studios. Terkini menurut laporan Bloomberg, Amazon ingin menghasilkan 12 ke 15 filem setahun untuk ditayangkan di pawagam. Mereka akan membelanjakan bajet sehingga $1 bilion iaitu sekitar RM4.48 bilion.

Tambahan Amazon lagi, dengan lebih banyak hak intelek (IP) yang mereka pegang dan strategi filem yang semakin berkembang mereka akan ada lebih banyak peluang. Ini akan menjadikan Amazon sebagai syarikat penstriman video dengan komitmen terbesar untuk menghasilkan filem untuk tayangan di pawagam.

Jika dibandingkan dengan Netflix, tidak banyak pun filem yang ditayangkan di pawagam. Antara yang terkini adalah Glass Onion: A Knives Out Mystery yang ditayangkan di sekitar 600 pawagam di Amerika Syarikat dan akan disiarkan di Netflix pada 23 Disember nanti serta sebelum ini The Irishman.

Sohor Kini