Skip to main content

Pawagam-pawagam Malaysia hari ini telah mula menawarkan tiket untuk filem Mechamato Movie yang tiba secara rasmi pada 8 Disember. Namun, GSC menawarkan tiket untuk 7 Disember di beberapa lokasi pawagam.

Mechamato Movie adalah filem berdasarkan siri Mechamato yang dihasilkan oleh Animonsta iaitu studio disebalik Boboiboy. Mechamato berlaku di dalam dunia yang sama dengan Boboiboy dengan ia memfokuskan kepada watak ayah Boboiboy iaitu Amato bersama dengan MechaBot yang ‘terjatuh’ ke bumi.

Animonsta sebelum ini juga telah berkongsi treler terakhir untuk filem ini sebelum tayangan rasmi yang anda boleh tonton di bawah.

Leave a Reply