Jason David Frank yang merupakan pelakon siri pertama Mighty Morphin’ Power Range (MMPR) meninggal dunia semalam dipercayai akibat membunuh diri. Frank (49 tahun) memegang watak Ranger Hijau dan Putih asal sebanyak lebih 123 episod dalam siri MMPR dari 1993-1996. Beliau kemudian melakonkan watak yang sama dalam beberapa siri tambahan MMPR yang dihasilkan oleh Saban selepas itu serta dua filem MMPR.

Selain siri MMPR, Frank turut meminjamkan suara untuk permainan video dan filem sebagai pelakon tambahan. Kerana watak beliau yang ikonik, Frank kelab muncul di konvensyen dan terkenal dengan perwatakan beliau yang senang bersama peminat. Kematian beliau adalah amat mengejutkan kerana usia yang masih agak muda.

[sumber] Sumber – TMZ [/sumber]

Sohor Kini