Skip to main content

Harry Potter and the Cursed Child adalah idea J.K. Rowling dan skrip oleh Jack Thorne mengenai kisah Harry Potter bersama dengan anak beliau Albus Severus. Ia adalah satu persembahan teater dua bahagian yang dilakukan pada tahun 2016, tetapi tidak menerima sambutan yang baik.

Warner Bros. kemudiannya ingin mengadaptasi skrip teater ini kepada dua filem, tetapi tidak menjadi. Kini dengan Warner Bros. Discovery diketuai oleh David Zaslav, mereka ingin cuba kembali dengan filem Harry Potter selepas kutipan francais Fantastic Beast tidak memuaskan.

Menurut Puck, mereka ingin menjadikan filem ini sebagai filem kelapan (filem ketujuh adalah Harry Potter and the Deathly Hallows yang ada dua bahagian) dan ingin mengembalikan nama Harry Potter untuk cuba menarik perhatian para peminat Harry Potter.

Leave a Reply