Industri perfileman semakin lama semakin dahsyat dengan pelbagai perkembangan teknologi terhadap peralatan dan perisian yang digunakan. CGI juga semakin lama semakin realistik dan memudahkan para artis visual dan pencipta filem.
Dalam industri seni sekarang, teknologi kecerdasan buatan sedang menjadi trend. Lihat sahaja DALL.E 2, DeviantArt dengan DreamUp yang menggunakan AI untuk menjana grafik berasaskan teks. Malah Sony juga menggunakan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan untuk mengoptimasikan filem animasi Spider-Man Into The Spider-Verse.
Terkini, studio bebas terkenal Corrdidor Digital menggunakan perisian kecerdasan buatan Stable Diffusion dan kepakaran suntingan video mereka untuk memasukkan Tom Holland ke dalam Spider-Man Into The Spider-Verse. Mereka melatih perisian AI, memasukkan bentuk seni lebih kurang sama dalam digunakan oleh Sony, kemudian mengambil klip-klip daripada filem MCU dan turut berlakon sendiri untuk mengubah diri mereka menjadi Tom Holland.
Hasil seni dan pergerakan animasi semuanya menggunakan kecerdasan buatan sepenuhnya. Dengan eksperimen untuk menentukan adakah kecerdasan buatan boleh membunuh artis, mereka hadir dengan Spider-Man Everyone’s Home.
Spider-Man; Across The Spider-Verse dan Beyond The Spider-Verse adalah sekuel yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Sony menggunakan bentuk seni dan gaya animasi tersendiri dengan teknologi yang mereka bangunkan untuk menjayakan filem ini.