Dunia Batman sedikit kelam pagi ini berikutan kematian Kevin Conroy, pelakon suara yang cukup dikenali sebagai Batman. Conroy (66 tahun) meninggal dunia awal pagi tadi akibat penyakit kanser usus. Beliau mula dikenali ramai kerana suara ikonik beliau digunakan untuk siri animasi Batman The Animated series di dekad 90an.
Kemudian beliau meminjamkan suara beliau untuk beberapa filem dan juga permainan video siri Batman Arkham serta Injustice. Selain meminjam suara untuk siri animasi, Conroy turut pernah berlakon dalam beberapa filem, siri TV dan teater. Lakonan beliau dalam siri Batwoman untuk jalan cerita Crisis of Infinite Earth adalah satu-satunya penampilan beliau sebagai Batman setakat ini.