Studio Ghibli, salah satu studio yang popular disebalik animasi popular seperti Spirited Away, Howl’s Moving Castle, dan sebagainya kini berkongsi sebuah tweet, sekaligus mengacah kerjasama dengan pihak Lucasfilm.
Bagi yang tidak mengenali akan Lucasfilm, mereka popular dengan penerbitan Star Wars, dan Indiana Jones.
Buat masa ini, ia masih menjadi misteri berkenaan apakah projek yang akan memperlihatkan kedua-dua nama besar dalam arena perfileman ini bekerjasama. Memandangkan perkongsian tweet sama dilakukan oleh akaun Star Wars, pelbagai desas-desus menantikan projek animasi Star Wars oleh kedua-dua pihak ini.