Glass Onion: A Knives Out Mystery adalah sekuel kepada filem Knives Out yang ditayangkan pada tahun 2019. Filem sekuel ini akan menjadi siaran eksklusif di Netflix dan akan disiarkan pada 23 Disember nanti.

Filem ini dilihat mengisahkan sekumpulan orang yang dijemput untuk bercuti untuk bermain permainan misteri pembunuhan seakan Cluedo tetapi dalam skala besar. Namun dari permainan ia menjadi kes pembunuhan sebenar, anda boleh tonton treler baharu di bawah;

Daniel Craig kembali lagi sebagai detektif hebat, Benoit Blanc. Beliau turut dijemput bercuti ke Greek untuk permainan ini. Jemputan adalah dari Miles Bron (Edward Norton), dan menyertai beliau adalah rakan sekerja Miles, Andi Brand (Janelle Monáe), Gabenor Connecticut Claire Debella (Kathryn Hahn), saintis Lionel Toussaint (Leslie Odom Jr.),pereka fesyen dan model Birdie Jay (Kate Hudson) dan pembantu beliau Peg (Jessica Henwick), serta pempengaruh media sosial Duke Cody (Dave Bautista) adan teman wanita Whiskey (Madelyn Cline).

Mereka semua adalah kenalan lama dan dijemput untuk bertemu setiap tahun. Cuma kali ini, masing-masing hadir dengan penuh rahsia dan dendam sehingga membawa kepada kematian. Satu demi satu misteri cuba dirungkai, kerana setiap orang adalah suspek dalam “permainan” ini. Namun siapakah mangsa dan apakah motifnya?

Sohor Kini