Evil Dead adalah francais filem seram komedi lakonan Bruce Campbell dan dihasilkan oleh Sam Raimi. Ia mempunyai tiga filem termasuk dengan Army of Darkness dengan sekuel melalui siri TV Evil Dead yang anda boleh tonton di Netflix.
Tetapi filem ini turut mempunyai olahan semula dengan penceritaan yang lebih seram dan serius, juga dengan judul sama – Evil Dead. Filem olahan semula ini disahkan akan menerima sekuel melalui Evil Dead Rise yang akan ditayangkan pada 21 April 2023 nanti. Kini imej pertama filem ini telah dikongsi.
Evil Dead Rise adalah filem baharu sepenuhnya, dan Bruce Campbell tidak akan kembali sebagai Ash Williams. Filem ini akan memfokuskan Beth yang menziarahi adik beliau Ellie di sebuah pangsapuri di Los Angeles. Mereka kemudian menemui Necronomicon Ex-Mortis di bangunan kediaman yang kemudiannya mengembalikan Deadites, pelbagai hantu, setan, dan perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri.
Walaupun begitu, Sam Raimi dan Bruce Campbell bersama-sama dengan Robert Tapert antara individu yang menjayakan Evil Dead dilaporkan melibatkan diri dan membantu menjayakan penggambaran filem Evil Dead Rise ini.