Filem hantu dalam filem-filem Indonesia biasanya adalah watak antagonis. Tetapi bagaimana pula jika filem ini menggunakan hantu sebagai protagonis dan dicampur pula dengan genre aksi fantasi? Filem ini adalah Jagat Arwah yang diarahkan oleh Ruben Adrian.

Jagat Arwah adalah filem aksi fantasi yang mengisahkan Raga, yang mewarisi kuasa ayah beliau Sukmo. Sukmo telah mati, tetapi kematian beliau amat mencurigakan sehingga membuatkan Raga ingin menyiasat apa perkara sebenar. Kuasa yang beliau peroleh dibantu oleh Jaya agar pandai untuk mengawal segala kekuatan yang ada. Turut terdapat sejenis batu dan darah misteri dalam filem ini yang penting. Suatu hari, Raga bertemu dengan Nonik, Kunti dan Genderuwo – yang mengubah hidup beliau selamanya.

Filem ini dikatakan adalah sebuah filem bajet besar dengan CGI berkualiti tinggi. CGI dalam filem ini dikatakan amat realistik dengan menyertakan cahaya-cahaya yang menjalari tubuh watak-watak ketika sedang bertarung, daun berterbangan, watak Genderuwo sebagai makhluk ghaib pun adalah efek CGI sepenuhnya.

Filem ini menyertakan pelakon seperti Ari Irham sebagai Raga, Oka Antara sebagai Jaya, Cinta Laura sebagai Nonik, Sheila Dara sebagai Kunti, Ganindra Bimo sebagai Genderuwo, Kiki Narendra sebagai Sukmo, Abdurrahman Arif sebagai Anggota Getih dan Muhammad Khan sebagai Kus.

Filem ini mula ditayangkan di Malaysia pada hari ini, iaitu 27 Oktober 2022.

Sohor Kini