Pada tahun 2019, semasa Bob Iger masih kagi CEO di Walt Disney – Disney telah berjaya melakukan pengambilalihan terbesar dengan nilai $71 bilion iaitu 21st Century Fox. Dengan ini, pelbagai aset daripada Fox boleh digunakan oleh Disney seperti kandungan asli dalam Disney+, filem di pawagam atau juga watak-watak X-Men dalam MCU.

CEO terkini Walt Disney adalah Bob Chapek dan beliau menyatakan Disney tidak berminat langsung untuk membeli mana-mana kandungan daripada studio luar atau syarikat siaran televisyen.

Beliau menyatakan, Disney akan terus menghasilkan kandungan asli sendiri untuk semua IP mereka bersama dengan studio-studio dan penerbitan di bawah naungan mereka. Tambahan beliau lagi, Disney mempunyai pasukan kreatif paling berbakat, mempunyai jenama dan francais terbaik di seluruh dunia.

Chapek turut memberitahu yang Disney kini di tahap yang stabil untuk menghasilkan kandungan dan boleh merancang dengan baik untuk kandungan apa yang akan dikeluarkan.

Sohor Kini