Sejak 1990, siri animasi The Simpsons akan mempunyai episod khas Treehouse of Horror  sempena menyambut Halloween. Tahun ini siri akan berubah menjadi sebuah anime untuk menghasilkan parodi anime Death Note.

Yang menjadikan episod kali in menarik ialah kesemua watak The Simpson diolah semula dengan rekaan seakan animasi dari negara Jepun. Bagi memastikan keaslian dengan Death Note, animasi untuk segmen ini dihasilkan oleh studio DR Movie yang menghasilkan animasi Death Note asal.

Episod Treehouse of Horror  akan ditayangkan pada 30 Oktober ini dengan ia boleh distrim menerusi Disney+ Hotstar.

Sohor Kini