The Guardians of the Galaxy Holiday Special adalah filem pendek khas Guardians of the Galaxy untuk musim cuti nanti. Ia akan memfokuskan mengenai sambutan hari Krismas, di mana pasukan GotG cuba menggembirakan hati Peter Quill lakonan Chris Pratt.

Tonton treler di bawah;

Filem pendek ini dilihat berlaku selepas Avengers: Endgame, di mana Peter Quill/Star Lord sedih kerana kehilangan Gamora. Tidak banyak yang didedahkan, tetapi Drax dan Mantis dilihat cuba menculik Kevin Bacon untuk dijadikan hadiah untuk Peter. Filem pendek ini akan dipenuhi dengan komedi yang cuba menggelikan hati penonton bersama pelbagai watak Guardian of the Galaxy lain seperti Cosmo, Rocket Raccoon, Nebula dan ramai lagi.

Filem pendek ini dikatakan turut akan berkait dengan filem Guardian of the Galaxy Vol. 3. Siaran akan bermula pada 25 November di Disney+ Hotstar.

Sohor Kini